Caprice memuji cara Nadir Al-Nuri yang merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza setelah dia menjelaskan beberapa isu kontroversi membabitkan misi bantuan kemanusiaan pasukan Ebit Lew ke Gaza, Palestin baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Caprice akui pendedahan yang dilakukan dirinya beberapa hari lepas mendapat kecaman netizen disebabkan terlalu ikut emosi dan marah.
Caprice berterima kasih kepada Nadir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia kerana berkongsi pendedahan yang lebih lebih teratur disertakan bukti.
Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu emosi dan marah.
Cara Caprice silap juga.. Harap-harap selepas live malam ini Caprice dapat tutup buku ini dan terus jalan ke hadapan.
Apapun, kita tunggu jelah dan dengar sendiri apa yang nak disampaikan Caprice menerusi IG live malam ini.