Nafi Iri Hati, Nadir Al-Nuri Jawab Kecaman Netizen

Trending

Nafi Iri Hati, Nadir Al-Nuri Jawab Kecaman Netizen

Rakyat Malaysia di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir menerusi channel Telegram menjelaskan beberapa isu kontroversi membabitkan misi bantuan kemanusiaan pasukan Ebit Lew ke Gaza, Palestin.

Menurut Nadir, beliau sama sekali tidak pernah menyimpan perasaan dengki atau iri hati apatah lagi memperlekehkan perjuangan seorang insan hebat dan terkenal di bumi Malaysia tersebut.

Advertisement
nadir al-nuri

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Tambah beliau lagi, penulisan yang dibuatnya ini hanyalah sebagai teguran kasih sayang, iktibar dan pedoman untuk mendidik dirinya, pasukan Ebit Lew dan semua yang terlibat. Nadir turut meminta maaf sekiranya kata-katanya sebelum ini disalah erti atau disalah tafsir oleh masyarakat sebagai dengki atau mengejek. Namun, jauh sekali di sudut hatinya untuk berbuat sedemikian.

ebit lew gaza

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

nadir al-nuri

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Selang beberapa hari, Nadir dikhabarkan pasukan UEL sudah berada di Cairo, Mesir. Beliau sangat gembira walaupun ada rasa tertanya-tertanya sukarnya misi ini kerana situasi perang di situ. Beliau sempat memuat naik status di Facebook mengalu-alukan kedatangan pasukan UEL dan berdoa semoga misi berjaya. Beliau dalam hantaran itu berjanji akan menjadi orang pertama menyambut pasukan UEL.

ebit lew gaza

ebit lew nadir al-nuri

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Mengenai pembelian bantuan dari Cairo untuk dibawa masuk ke Gaza, Nadir berkata dia pernah memberitahu sebelum ini cara terbaik untuk memberi bantuan adalah dengan membeli barangan keperluan di dalam pasaran tempatan Gaza. Sebelum ini, telah banyak pengalaman di mana NGO seluruh dunia cuba membawa barangan masuk dan akhirnya tersadai di sempadan sehingga tamat tempoh.

Terkejut mendapat tahu barangan bantuan sebanyak 4 lori dibeli di Mesir, beliau berasa terpanggil untuk menegur namun mendakwa kenyataan telah disalah tafsir.

nadir al-nuri gaza

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Tambahnya lagi, beliau dan anaknya, Naeem segera bergegas ke sempadan setelah mendapat berita pasukan UEL telah tiba di sempadan Rafah, Mesir. Jam ketika itu menunjukkan 11 malam dan mereka juga baru selesai setelah seharian berprogram.

ebit lew gaza

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Beliau mendakwa telah diminta untuk memadam kesemua gambar dan video yang diambil. Berasa agak terkilan, Nadir menjelaskan dirinya tidak diminta dihormati atau dipuji, cita-citanya hanyalah untuk membantu dan berkhidmat untuk menjayakan misi atau paling tidak bersalam dengan UEL.

Menurut Nadir, dia melenting selepas ditegur dengan agak keras namun kemudian pengawal peribadi meminta maaf dan menjelaskan pihaknya hanya menurut arahan.

Nadir al-nuri

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Dakwanya, sejak kejadian itu, beliau langsung tidak mengambil tahu mengenai perkembangan pasukan UEL walaupun telah dijemput oleh Kementerian Luar untuk meraikan kedatangan mereka. Beliau juga malas untuk mengambil tahu keperluan membuka ‘rumah anak yatim’ kerana budaya di sini tidak membenarkan anak-anak yatim tinggal di rumah anak yatim sebaliknya dijaga oleh keluarga kembangan. Menurutnya terdapat seramai 20,000 anak yatim di seluruh Gaza dan hanya satu rumah kebajikan dibina yang menempatkan 120 orang kanak-kanak.

pasukan ebit lew gaza

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Jelas beliau lagi, dalam tempoh 8 tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, seramai 200-300 orang sahaja yang dapat masuk dalam tempoh setahun. NGO hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan Miles of Smiles (NGO antabangsa). Menurutnya, kaedah ini telah diamalkan oleh kesemua NGO yang beberapa kali berjaya masuk dan keluar Gaza.

Dakwanya, kaedah yang digunakan pasukan UEL memberi kesan besar kepada NGO lain di mana kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat dengan harga yang tinggi. Nadir mendakwa khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kos.

nadir cinta gaza

Sumber: Telegram Nadir Al-Nuri

Nadir dalam penutup penulisannya menyeru pihak UEL tampil memberi penerangan dan penjelasan mengenai beberapa perkara yang disebutkan untuk mengelakkan fitnah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...