Selebriti sensasi, Caprice yang kini sedang berada di Jordan mengungkapkan hasrat ingin pulang ke Malaysia dengan segera kerana merindui keluarga serta mahu menguruskan perniagaannya.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi Instagram Story beliau baru-baru ini, dia berjanji akan kembali semula menjalankan misi kemanusiaan di Jordan.
Saya harap saya dapat lakukan lebih banyak lagi. Saya akan tetap kembali ke sini, Insya-Allah.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan dengan kesihatan dirinya setelah dimasukkan di sebuah hospital di Jordan akibat demam dan serangan panik.
Di sebalik ujian masuk hospital itu, sebenarnya ada hikmah. Saya dapat tidur sembilan jam, sebelum itu memang susah nak tidur lama.
Tambahnya lagi, misi Road To Al-Aqsa yang tular itu membolehkan dirinya diberi peluang untuk bertemu dengan rakan baharu di Jordan yang banyak membantunya dalam mencapai matlamat utamanya iaitu pergi ke Al-Aqsa.
Terdahulu, aktivis ini tiba di Kaherah pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi ke Gaza sebelum meneruskan pengembaraan solo ke Jordan disebabkan beberapa isu sampingan yang berlaku.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.