Penyanyi rap yang kini masih berada di Gaza menegaskan dirinya tidak pernah melarikan diri dan sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa.
Jelasnya lagi, sepanjang berada di negara Timur Tengah itu, dia sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di sana dan sepatutnya tidak wujud isu sebegini.
View this post on Instagram
Dia sebelum ini meluahkan rasa pelik dengan kenyataan pihak berkuasa yang melaporkan terpaksa mengguna pakai khidmat Interpol kerana tidak dapat menjejaki dirinya untuk siasatan kes melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Caprice pelik dengan kenyataan polis nak minta tolong Interpol sebab tak dapat hubungi Caprice. Sedangkan ramai je Whatsapp kita hari-hari siap ada minta cenderamat lagi. Punya kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ni tengah nyorok atau lari sedangkan kita santai je kat sini juma kedutaan Malaysia, Duta Palestin dan sahabat-sahabat kita kat sini.
Caprice dalam pada masa yang sama sempat membuat perbandingan antara situasinya dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang masih gagal dikesan sejak beberapa bulan yang lalu.
View this post on Instagram
Namun begitu, Caprice menegaskan bahawa kebenaran pasti akan terbongkar tanpa perlu membuat fitnah terhadap sesiapa pun.
Terdahulu, Caprice dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri didakwa telah gagal dihubungi pihak berkuasa berhubung kes melibatkan Ebit Lew atas dakwaan fitnah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.