Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Ada Siapa Hubungi Pun?” Caprice Pelik Polis Minta Bantuan Interpol, Nombor Telefon Adalah ‘Public’

Caprice

Mengakui berasa pelik dengan tindakan polis yang khabarnya terpaksan menggunakan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam usaha untuk menjejakinya yang kini masih berada di Mesir.

Advertisement

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,33, dia tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew pada awal bulan Julai yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Penyanyi rap itu yang dihubungi media memaklumkan bahawa nombor telefonnya boleh didapati secara awam di media sosial.

Pelik, my number is public..tak ada siapa contact pun. Kedutaan Malaysia tak beritahu apa-apa.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka gaggal menghubungi Caprice untuk diambil keterangan secara dalam talian.

Selain Caprice, pihak polis turut mengesan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berhubung siasatan untuk kes yang sama.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Advertisement

Tambah Caprice lagi, ini merupakan kali pertama kes fitnah terpaksa menggunakan bantuan Interpol dan merasakan masih ada kes-kes yang lebih berat di dunia yang memerlukan pihak Interpol, FBI dan polis.

Caprice dalam pada itu berkata bahawa dia sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak polis berhubung dengan kes itu.

Sekadar info, Ebit Lew ada membuat laporan polis pada tanggal 21 Julai lalu atas tuduhan dia telah difitnah berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anon

    August 21, 2021 at 4:51 pm

    Attention Seeker. Haraplah ko mereput tak payah balik.

  2. June

    August 20, 2021 at 9:23 pm

    Betul tu….baik kt diam je

  3. Anonymous

    August 20, 2021 at 9:00 pm

    Tapi sebenarnya siapa yg salah dan cuci duit tu yg dia maksudkan tu

  4. Anonymous

    August 20, 2021 at 8:39 pm

    Ade2 jek die nk share spot light. Sudah2 le…

  5. Abah

    August 20, 2021 at 8:04 pm

    Kau boleh diam tak syaitonnn , tunggu je polis bertindak banyak bunyik pulak menyampahnyaa , mcm dia la manusia paling maksim dlm dunia mcm dia pula warga Palestin cukup baik org buat derma daripada kau tidur makan x guna satu sennn pun…sudah2 la nak cari benda buruk cuba la positif sikit…perangai mcm langau buat taikkk

    Kalau tak boleh berfikir positif tentang semua perkara baik diam saja la , perbanyakkan ibadah, baiki diri….jgn bongkak sangat bukak aib org seolah2 kita manusia mulia….gembira bila aib org terbuka….takut nanti umur x panjang tak sempat kita nak melengkapkan diri kita ….

    Risau kita terlalu sibuk hal org , bangga nak membongkarkan keburukan Allah tarik nyata….Allahuakbarr

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top