Baru-baru ini, di platform Twitter tular satu video memaparkan pendakwah-pendakwah dikenali ramai bertemu dengan individu yang mendakwa dirinya adalah keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu Mawla Muhammad.
Susulan video terbabit menjadi tular, kebanyakkan netizen meluahkan rasa kurang senang serta mempertikaikan sama ada pendakwah yang terlihat dalam video itu iaitu Ebit Lew serta Ustazah Asma’ Harun menyokong kehadiran ‘cicit nabi’ itu.
Kalau mcm ni, Ustazah Asma & Ebit dikira support ‘cicit nabi’ ni ke, mcm mana? pic.twitter.com/qaxGvN8Jbj
— Mari Kita Mulakan (@LuvSeeT) October 15, 2022
Jika meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen kecaman dan ada juga menuduh Ustazah Asma’ tidak menjaga ikhtilat kerana berdiri terlalu dekat dengan beberapa lelaki lain biarpun ada suami disisi.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan pendakwah-pendakwah tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak memandai membuat spekulasi sendiri hingga menimbulkan fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.