Penyanyi rap yang kini memegang status wakil rakyat, Altimet telah mendedahkan jumlah gaji yang diterimanya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan, Altimet atau nama sebenarnya Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad memaklumkan gaji yang diterimanya mencecah RM16,000 sebulan.
Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000.
Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘Top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi.
Selain itu, penyanyi itu juga memberitahu seseorang yang bergelar wakil rakyat juga mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman serta diberikan elaun tambahan.
Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.
Dan sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu (driver) wajib digunakan.
Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak bos akan tanya nanti.
@dolspodcast Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor 📞 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif 💻 www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast ♬ original sound – Dol’s Podcast
Sekadar info tambahan, Altimet sekarang menjawat jawatan sebagai ADUN di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor setelah berjaya memperoleh undian sebanyak 26,298 menewaskan lawannya Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperoleh undi 19,620 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Ogos tahun lalu.