“Memang Menyampah La..” – Altimet Dedah Hidap Disleksia Pada Umur 30 Tahun, Akui Ganggu Ketika Buat Persembahan

Hiburan

“Memang Menyampah La..” – Altimet Dedah Hidap Disleksia Pada Umur 30 Tahun, Akui Ganggu Ketika Buat Persembahan

Terkini seorang penyanyi rap Malaysia, Altimet telah tampil mendedahkan bahawa dirinya menghidap disleksia yang menyukarkan dirinya dalam membaca dan menulis ketika umurnya 30 tahun.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, dirinya berkata hal tersebut pertama kali disedari oleh isterinya disebabkan isterinya itu merupakan seorang guru yang dapat mengesan simptom-simptom yang ada pada dirinya itu.

Advertisement

Saya pakai cermin mata hitam bukan nak nampak cool tapi nak coverline sebab kalau saya baca memang tersasul.

Tapi skrin tu memang menyampah la. Masa raptai saya dah minta tutup tapi diaorang terlupa.

Lirik tu memang saya tulis tapi bila baca ‘barai’, macam mana tu?

@mlstudiosmyIni rupanya sebab Altimet pakai spec hitam masa perform.♬ original sound – ML Studios

Penyanyi ini juga menceritakan pengalamannya ketika membuat persembahan di atas pentas dengan kondisi yang dihadapinya itu. Katanya, jika ada skrin yang diletakkan di hadapan pentas bagi menunjukkan lirik sekiranya penyanyi terlupa, dirinya akan mudah hilang fokus bila terbaca lalu tersasul semasa menyanyi.

Oleh kerana itu, Alitimet sering kali dilihat mengayakan cermin mata hitam ketika menyanyi sebagai penghalang untuk dirinya daripada terbaca lirik yang terpapar.

Pada masa yang sama, penyanyi rap ini juga akui dia sering mengalami kesusahan untuk membaca dan memahami konteks sesuatu dokumen yang panjang seperti kontrak. Sebab adanya disleksia, dia terpaksa membacanya secara perlahan-lahan dan beberapa kali supaya dapat fahami dengan betul.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Altimet menang prn
9 months ago

[PRN 2023] Penyanyi Rap Altimet Menang Kerusi DUN Lembah Jaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...