Biarpun menerima banyak komen negatif mengenai produk inai keluaran miliknya iaitu Nunha, usahawan serta selebriti Neelofa bertegas bahawa dirinya mempercayai pada rezeki.
Katanya kepada pihak Media Hiburan, Inai Nunha tidak bersaing dengan mana-mana jenama inai yang lain dan sudah sedia maklum, setiap jenama inai yang lain mempunyai kelebihan serta cara mereka tersendiri.
Dalam pada itu, Neelofa berkata pihak yang melaga-lagakan antara satu sama lain ini yang tidak memahami konsep rezeki.
View this post on Instagram
Kita di sini chill sahaja. Orang nak cakap apa, mengenai warna begitu begini, kita rilek.
Apabila ditanyakan soal isu perbandingan, bekas hos rancangan MeleTOP ini berkata beranggapan isu itu timbul kerana dipasarkan dalam waktu yang lebih kurang sama.
Malah, inai terbabit juga menjadi viral kerana timbul isu was-was daripada kalangan pengguna yang mempunyai persepsi inai ini boleh dibawa ketika solat ataupun tidak.
Neelofa turut sempat memberi pesanan kepada mana-mana pihak yang cuba melaga-lagakan keadaan agar tidak ‘memenatkan’ diri dengan menimbulkan isu kerana segala rezeki sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.