Baru-baru ini, kenyataan yang dibuat oleh pelakon, Datuk Rosyam Nor mengenai perlunya wujud pusat pelacuran di negara ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.
Ridhuan Tee selar Rosyam Nor
Susulan isu tersebut telah viral, pendakwah bebas, Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee membidas pelakon terbabit yang merasakan pusat pelacuran penting diwujudkan di negara ini.
Cadangan teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini pergilah mengaji. Jangan jadi artis jahil.
@beautifulnara Masing-masing ada pendapat, apa pendapat korang? #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #datorosyamnoor #podcast #rumahmerah #nafsulelaki ♬ original sound – Beautifulnara.com
Ada cara penyelesaian lain
Tegas Ridhuan, setiap masalah pasti ada cara penyelesaian lain dan bukannya dengan melakukan maksiat atas maksiat, kerana ia hanya akan menambah masalah.
Kata pendakwah itu lagi, setiap fahaman agama sudah diajar tentang cara mengawal nafsu bagi elak berlakunya maksiat.
Bimbang penularan penyakit di Malaysia
Dalam pada itu, Ridhuan juga meluahkan rasa bimbang sekiranya aktiviti pelacuran yang dicadangkan akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia dengan berlakunya penularan penyakit.