“Cabaran Kali Ni Amat Berbeza” – Pakaian Dan Mikrofon Aina Abdul Menelan Belanja RM520K, Peminat Berpuas Hati Tiket Berbaloi

Hiburan

“Cabaran Kali Ni Amat Berbeza” – Pakaian Dan Mikrofon Aina Abdul Menelan Belanja RM520K, Peminat Berpuas Hati Tiket Berbaloi

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Aina Abdul telah mengadakan konsertnya, A Night With Aina Abdul di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu yang berjaya meraih perhatian peminat dengan persembahan yang kreatif dan lain daripada yang lain.

Aina yang dikenali sebagai salah seorang penyanyi yang tak takut untuk mengenakan busana yang unik ini tidak melepaskan peluang untuk mengayakan pakaian yang mengejutkan ramai. Dirinya juga telah menghabiskan sebayak RM520K untuk enam busana dan tiga mikrofon sebagai persiapan konsert itu.

Advertisement

Cabaran kali ini amat berbeza.

Kalau nak tahu, saya hanya ada masa empat minit untuk menukar setiap persalinan ketika konsert.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Ketika ditanya berkenaan pemilihan pakaian, penyanyi ini memberitahu bahawa antara bajunya itu direka khas oleh pereka fesyen, Zaimi Zulkifi dan Abu Shaef Hamza yang terkenal dengan hasil mereka yang di luar norma.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali sebagai penganjur, hampir RM1.8 telah dihabiskan untuk persiapan konsert itu sahaja ujarnya.

Pada masa yang sama, peminat yang kira-kira mencecah 10K orang yang hadir rata-rata menyampaikan rasa berpuas hati dengan persembahan keseluruhan yang disampaikan oleh Aina Abdul pada malam tersebut. Selain dari pakaian yang menarik, 34 buah lagu yang dinyanyikan juga tidak mengecewakan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aina
12 months ago

"Yang Dibandingkan Tu Idola Saya Sendiri.." - Aina Abdul Malu Peminat 'Claim' Dirinya Penyanyi Nombor Satu Negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...