“Yang Dibandingkan Tu Idola Saya Sendiri..” – Aina Abdul Malu Peminat ‘Claim’ Dirinya Penyanyi Nombor Satu Negara

Hiburan

“Yang Dibandingkan Tu Idola Saya Sendiri..” – Aina Abdul Malu Peminat ‘Claim’ Dirinya Penyanyi Nombor Satu Negara

Baru-baru ini timbul perbalahan di antara peminat-peminat penyanyi terkemuka Aina Abdul dan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila masing-masing ingin penyanyi mereka digelar penyanyi nombor satu di Malaysia.

Susulan itu, tuan badan sendiri, Aina Abdul akui malu apabila digelar penyanyi nombor satu Malaysia oleh peminat-peminatnya kerana baginya, Aina tidak mahu bersaing dan dibandingkan lagi-lagi bersama penyanyi senior.

Advertisement

Bila saya baca, saya sendiri malu. Saya tak setuju dibandingkan dengan figura hebat sepertinya.

Mereka kena sedar penyanyi yang dibandingkan tu idola saya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Kata pelantun lagu Terus Hidup itu, dia mengaku dirinya masih belum sampai ke tahap untuk dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. Tidak pernah terlintas untuk melabel diri sendiri di mana-mana nombor ujarnya.

Tambahan pula, Aina berasa tidak senang hati dengan peminatnya sendiri yang menjadikan ini satu isu walhal mereka sendiri sudah tahu bagaimana hebat dan dihormati Tok Ti itu hingga ke peringkat antarabangsa. Kerana itu, Aina meminta agar para peminat tidak memanjangkan lagi isu ini.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ernie
7 months ago

"Setakat Satu Komen, Tak Bagi Kesan Apa-Apa" - Aina Abdul Taknak Bersaing Dengan Ernie Zakri, Tak Kisah Netizen Kata Apa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...