Butik Pakaian Jelita Wardrobe Mohon Maaf Isu ‘Tunggang’ Kes Marissa Dan Aslam, Akui Tak Jaga Sensitiviti Wanita Teraniaya

Kehidupan

Butik Pakaian Jelita Wardrobe Mohon Maaf Isu ‘Tunggang’ Kes Marissa Dan Aslam, Akui Tak Jaga Sensitiviti Wanita Teraniaya

Jenama butik pakaian muslimah ‘viral’, Jelita Wardrobe akhirnya tampil memohon maaf di atas keterlanjuran mengambil Marissa Dania dan Ahmad Aslam sebagai model pakaian mereka.

Perkara tersebut dikongsikan butik tersebut di satu hantaran Instagram milik mereka semalam.

Advertisement

Jelita Wardrobe mohon maaf

Dalam hantaran tersebut, pihak Jelita Wardrobe memohon maaf di atas perbuatan mereka yang dianggap tidak sensitif terhadap sesetengah pihak terutamanya isteri Aslam, Misya.

Kami sangat memandang serius dan mengambil tanggungjawab atas isu yang sedang tular.Kami dengan rendah diri dan seikhlas hati memohon maaf kepada pihak terlibat di atas tindakan yang telah menyinggung sensitiviti segelintir pihak.

Kami mengambil isu ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk masa hadapan. Dengan ini, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Terdahulu, akaun TikTok Jelita Wardrobe turut lenyap gara-gara laporan yang dibuat netizen berikutan kes tersebut.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan butik berkenaan sebagai melampau dan tiada empati kerana menggunakan krisis rumah tangga orang lain bagi tujuan ‘marketing’ produk mereka.

Butik berkenaan dikecam kerana turut mengambil Marissa dan Aslam sebagai model di luar pengetahuan Misya yang juga duta jenama berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jelita wardrobe
10 months ago

Padah Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Netizen Pakat 'Report' Akaun TikTok Butik Sampai Kena 'Banned'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...