Padah Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Netizen Pakat ‘Report’ Akaun TikTok Butik Sampai Kena ‘Banned’

Trending

Padah Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Netizen Pakat ‘Report’ Akaun TikTok Butik Sampai Kena ‘Banned’

Baru-baru ini, sebuah butik pakaian teruk dikecam kerana didakwa telah mengambil kesempatan ke atas kontroversi Marissa Dania, Aslam dan Umisya Mazlan untuk melariskan produknya.

umisya
2 months ago

"Owner Spesis Tak Ada Empati" - Butik Muslimah Dikecam Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Kakak Misya Dedah Perkara Sebenar?

Advertisement

 

Netizen marah

Isu tersebut menjadi tular di platform media sosial dan pemilik butik berkenaan mendapat kecaman hebat malah disifatkan tiada empati gara-gara tergamak menggunakan krisis rumah tangga mereka untuk kepentingannya.

Disebabkan itu juga, ramai netizen marah dan berpakat untuk report hantaran video dan akaun TikTok butik berkenaan bagi mengajar jenama tempatan agar tidak ‘menunggang’ kontroversi orang lain.

komen

Netizen juga berpendapat tindakan report akaun TikTok tersebut sebagai pengajaran kepada founder butik itu dan jenama yang lain agar tidak mengambil individu bermasalah (dalam kes ini, Marissa dan Aslam) sebagai model mereka.

 

Sampai kena banned akaun TikTok

Usaha netizen tidak sia-sia apabila akhirnya akaun TikTok jenama tersebut dilaporkan telah pun dinyahaktif dipercayai kerana report yang dibuat oleh ramai orang.

Menerusi X, seorang individu berkongsi tentang hal itu dan ramai warganet yang lain turut sama ‘meraikan’ kemenangan mereka untuk memberi pengajaran kepada founder berkenaan.

 

Boikot brand yang ‘menunggang’

Bagaimanapun, mereka sudah pun menyedari kemunculan akaun TikTok jenama itu yang baru dan masing-masing sekali lagi berpakat untuk report sekali lagi.

jelita wardrobe

Bukan itu sahaja, sesetengah individu mengajak netizen untuk turut report akaun Instagram mereka kerana meskipun video Marissa dan Aslam sudah dipadam namun tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak butik.

Dalam pada itu, netizen turut menyeru orang ramai untuk memboikot mana-mana jenama tempatan yang suka ‘menunggang’ isu viral atau menggunakan individu bermasalah untuk marketing mereka.

jelita wardrobe

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...