“Busuk Hatinya, Jangan ‘Goyang’ Sistur..” – Dapat Tawaran Berlakon, Rita Rudaini Dakwa Ada Artis ‘Dengki’

Hiburan

“Busuk Hatinya, Jangan ‘Goyang’ Sistur..” – Dapat Tawaran Berlakon, Rita Rudaini Dakwa Ada Artis ‘Dengki’

Baru-baru ini, pelakon berbakat Rita Rudaini memaklumkan dirinya telah mendapat tawaran untuk berlakon semula dalam sebuah drama arahan producer terkenal di Malaysia iaitu Zeel Production biarpun tidak mengambil vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, menurut pelakon itu, proses untuk dirinya berlakon masih di dalam proses perbincangan dan dia juga belum ambil apa-apa keputusan kerana sedar banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan tawaran yang diperolehi.

Advertisement

Tambahannya lagi, sejak sebelum berpuasa, ada saja dirinya menerima pelbagai tawaran berlakon tetapi ditolak kerana mempunyai komitmen lain.

ig story rita rudaini

Selain daripada netizen yang susah untuk menerima Rita kembali dalam dunia lakonan, rakan selebriti turut ada yang tidak berpuas hati atas tawaran berlakon yang diterima olehnya.

Perasaan kurang senang atas tawaran yang diterima itu kerana dirinya masih belum mengambil sebarang vaksin COVID-19.

Advertisement

ig story rita rudaini

Kerana tidak mahu memperbesarkan isu, Rita rela mahu memberikan watak yang ditawarkan kepadanya itu untuk selebriti yang tidak menyukai wanita itu kembali berlakon.

Nampaknya dah ada artis yang berbunyi bila ada production cari sistur..

Sekadar info, Rita merupakan antara selebriti yang lantang menyuarakan pandangannya mengenai vaksin COVID-19 dan secara terbuka memberitahu dia tidak akan mengambil vaksin berkenaan kepada umum. Disebabkan itu, beliau pernah digugurkan dari berlakon dalam sebuah produksi drama 100 episod kerana tiada suntikan vaksin.

Rita Rudaini Buat Comeback
2 minggu lalu

“Kami Kawan Baik..” - 2 Tahun ‘Menyepi’ Kerana Isu Vaksin, Haji Zil Teruja Rita Rudaini Setuju Buat ‘Comeback’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...