Lebih kurang satu hingga dua tahun lepas, negara kita dilanda wabak Covid-19 yang mengundang kebimbangan rakyat Malaysia.
Namun, mujur muncul beberapa petugas kesihatan dan doktor di media sosial yang berkongsi info mengenai wabak tersebut.
Tidak ketinggalan, Doktor Malar yang turut mendapat perhatian orang ramai selepas dilihat rajin berkongsi matlumat mengenai Covid dan petah berbahasa Melayu walaupun berbangsa India.
Menurut Doktor Malar, selepas tular di media sosial dia telah mendapat banyak jemputan ke pelbagai majlis ceramah dan ianya merupakan pengalaman yang sangat baru buat dirinya.
Walaupun saya agak culture shock, saya gigih reply mesej-mesej dan email sampai 2 hingga 3pagi.
Sebagai seorang doktor yang bekerja sepenuh masa di jabatan kecemasan di sebuah hospital swasta, Doktor Malar atau nama penuhnya Malar Santhi Santherasegapan bagaimanapun mengakui dia mula merasa tekanan dalam kehidupan sehariannya.
Saban hari saya akan kuatkan diri untuk jawab segala pertanyaan dari client, dan sediakan diri untuk ceramah yang dijemput.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang anak kecil itu juga memaklumkan pernah melakukan tiga ceramah mencecah hampir 4 sehingga 6 jam dalam masa satu hari.
Lepas tu sambung masuk kerja. Saya pernah sediakan slide sampai pukul 5 pagi, lelap sekejap lepas tu terus masuk shift pagi. Di situ lah bermulanya burnout.
Pada satu hari, saya ter-double booking ceramah, ada masalah ketiga yakni sebenarnya saya bertugas di jabatan kecemasan. Jadi, 3 tempat perlukan Dr Malar dan diri saya hanya satu.
Sementara suami dan team ‘Celoteh Dr Malar’ membincangkan apa solusi yang terbaik, Doktor Malar mengakui dia mengalami tekanan memandangkan kedua-duanya merupakan majlis besar.
Kalau saya mati kan senang, dah tiga-tiga tempat yang perlukan saya tak perlu berbalah untuk kehadiran Dr Malar.
Bagaimanapun, suaminya telah meminta Doktor Malar untuk membatalkan kedua-dua majlis berkenaan dan lebih mengutamakan pekerjaan tetapnya sebagai seorang doktor.
You masuk shift di jabatan kecemasan as scheduled, itu tugas utama you. Yang lain semua part time jer, you need to priotize.