Bunuh Pemandu Grab, Dua Lelaki Warga Asing Dihukum Gantung Sampai Mati

Kehidupan

Bunuh Pemandu Grab, Dua Lelaki Warga Asing Dihukum Gantung Sampai Mati

Kematian seorang pemandu e-hailing warganegara tempatan, Aiman Nosri, 27, lima tahun lalu akhirnya mendapat keadilan selepas pihak mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada dua tertuduh warga asing.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan itu terhadap Sua Lay, 38, warga Myanmar dan Gurpreet Singh, 28, warga India selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Advertisement

gantung

Jelasnya, alasan diberikan kedua-dua tertuduh iaitu tidak memahami Bahasa Melayu tidak boleh diterima kerana mereka boleh beri arahan untuk berhenti awal dari tempat dituju selain memandu arah kepada penemuan kunci kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa.

Mangsa juga dilaporkan lemas akibat dijerut dengan kecederaan pada leher dan penemuan DNA dua tertuduh pada tali pinggang keledar bahagian pemandu.

Walaupun tidak dikatakan (tindakan) zalim, tetapi faktanya mayat (mangsa) ditinggalkan dalam kereta. Ini menunjukkan tertuduh tiada perasaan belas kasihan terhadap si mati.”

aiman nosri

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Aiman Nosri di tempat letak kereta, lorong belakang Blok C, Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves pada 21 Jun 2018 jam 10.08 malam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Kes Bunuh Pemandu E-Hailing: 6 Anggota Polis Antara Suspek Pembunuhan - "Punca Sebab Isteri Skandal Dengan Pegawai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...