January 24th, 2018

Sejak bercerai dengan Hafiz Hamidun, pengasas kosmetik, Joy Revfa kerap menerima jambangan bunga daripada seorang individu yang hanya dikenali sebagai Mr J. Ramai juga yang menyangka mungkin ada seseorang yang sedang cuba memikat hati beliau.

Namun, ada juga pihak yang mendakwa Joy sebenarnya membeli jambangan bunga itu sendiri untuk menarik perhatian ramai.

Sebenarnya sebelum berkahwin lagi saya sudah terima tetapi sejak nama terpalit kontroversi dan hidup solo, saya kembali menerima jambangan bunga ros. Ada orang kata saya yang membeli bunga ini tapi kalau fikir secara logik buat apa saya nak membazir. Tambahan pula saya lebih selesa hidup solo.

Sehingga hari ini, Joy sendiri masih tidak tahu siapakah gerangan jejaka yang sering mengirim bunga ros kepada beliau. Joy pernah beberapa kali mengajak “secret admirer” beliau itu bertemu tetapi masih tiada jawapan.

Sumber Berita : Harian Metro


38 responses to “Bunga Itu Saya Terima Dan Bukan Beli Sendiri Untuk Tarik Perhatian Ramai – Joy Revfa”

  1. Joyah says:

    dulu2 Joy gigih up gambar google konon bercinta dgn Tan Sri. jd tak pelik kalo bunga ni dia yg beli sendiri utk diri sendiri hahahaa

  2. Mug Kuning says:

    Produk tgh xlaku la tu..

  3. KimK says:

    Syok sendiri ..

  4. Mina chi says:

    Bunyik lagi dia nih…aku rasa nk hempok..tp tk tau nk hempok dgn apa…

  5. joyah indon says:

    attention seeker..indon yang berlaki dua….crop gambar google keluar dgn tan sri bayangan…

Loading...