Bunga Citra Lestari Dah Ada Kekasih Baru, Peminat Gesa Buang Nama ‘Sinclair’ Jika Dah Berkahwin Lain

Hiburan

Bunga Citra Lestari Dah Ada Kekasih Baru, Peminat Gesa Buang Nama ‘Sinclair’ Jika Dah Berkahwin Lain

Tular di media Indonesia mengenai pelakon dan penyanyi jelita, Bunga Citra Lestari dikatakan sudah menemui pengganti arwah suami, Ashraf Sinclair dan bersedia untuk bergelar isteri bagi kedua kalinya.

Spekulasi itu mula bertebaran dan menjadi buah mulut netizen berikutan kemunculan seorang lelaki bernama Tiko Aryawardhana yang sering menemani BCL serta turut menyambut hari lahir penyanyi itu secara intim, baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi laporan media negara seberang, BCL kini sedang menjalin hubungan cinta bersama Tiko yang juga berstatus duda anak tiga dan bergelar petugas bahagian kewangan di salah sebuah perbankan terkemuka di Indonesia.

Meskipun ramai peminat yang meraikan berita itu, namun ada juga yang tidak gembira dan merasakan BCL terlalu cepat menemui pengganti.

Malah, ada yang menggesa ibu anak satu untuk membuang nama ‘Sinclair’ setelah dia berkahwin nanti.

Kenapa saya yang sedih ya bila BCL sudah ada kekasih. Dia dengan Ashraf sangat sepadan.

Tolong buang nama belakang Sinclair kalau sudah mahu menikah dengan Tiko.

Namun begitu, BCL masih belum memberi sebarang respon mengenai dakwaan tersebut.

Sekadar info, BCL dan Ashraf Sinclair mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2020.

Ashraf kemudian meninggal dunia akibat serangan jantung di usia 41 tahun dan meninggalkan BCL dan anaknya, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 13 tahun.

Azhan Rani
1 year ago

(VIDEO) "Extreme Sangat Ni.." - Ummi Nazeera Teruk Dipukul Pelakon Lelaki Di Set Penggambaran?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...