(VIDEO) “Extreme Sangat Ni..” – Ummi Nazeera Teruk Dipukul Pelakon Lelaki Di Set Penggambaran?

Hiburan

(VIDEO) “Extreme Sangat Ni..” – Ummi Nazeera Teruk Dipukul Pelakon Lelaki Di Set Penggambaran?

Pelakon versatil, Ummi Nazeera semalam ada memuat naik video memaparkan dirinya dipukul pelakon lelaki ketika berada di satu set penggambaran drama. Apa kes pulak ni?

Rupa-rupanya, Ummi ‘dipukul’ aktor Azhan Rani ketika mereka menjayakan babak berkenaan untuk drama Sekali Aku Bahagia yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Dalam video tersebut, Azhan dilihat membelasah Ummi di bahagian muka.

Ternyata, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata memuji hasil lakonan kedua-dua pelakon hebat itu.

Malah, kapsyen video yang ditulis Ummi juga berjaya mencuri perhatian peminat drama tempatan, seolah-olah ‘in’ dengan berita-berita mengenai keruntuhan rumah tangga para selebriti yang dialami kini.

Tolong lah jangan buat macam ni dekat penyondol, extreme sangat ni.

Sekadar info, drama Sekali Aku Bahagia turut dibintangi pelakon lain seperti Nabila Huda dan Keith Foo. Ia ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6 petang.

Farid Kamil Diana Danielle
1 year ago

"Perkahwinan Saya Bertahan 10 Tahun Sebab Farid Pencinta Wanita" - Video Lama Diana Danielle Kembali Viral

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...