“Bukannya Dia Pergi Berzina” – Kecoh Wanita Selamba Masuk Padang Bola, Tarik Tangan Pasangan Suruh Balik

Trending

“Bukannya Dia Pergi Berzina” – Kecoh Wanita Selamba Masuk Padang Bola, Tarik Tangan Pasangan Suruh Balik

Bagi pasangan yang bercinta atau sudah berkahwin, masing-masing akan meluangkan masa mereka untuk ‘me time’ dengan aktiviti kesukaan.

Selalunya bagi wanita, mereka akan keluar bersama rakan dan pergi shopping manakala kebanyakan lelaki pula akan membuat aktiviti bersama geng mereka seperti bermain bola sepak.

Advertisement

2 years ago

"Tahu Suami Perlu 'Me Time' Tapi..." - Lelaki Selar Geng Baca Al Fatihah Waktu Lepak Untuk Tipu Isteri Kawan

Tular di media sosial baru-baru ini satu rakaman video menunjukkan lelaki yang sedang bermain bola sepak dipanggil pulang oleh wanita dipercayai pasangannya.

Namun, cara wanita itu memanggilnya itu mencuri perhatian warganet apabila dia dilihat selamba berjalan dan masuk ke padang ketika perlawanan berlangsung.

Sambil memakai topi keledar, wanita tersebut terus meluru ke arah salah seorang pemain dan mereka dilihat bercakap antara satu sama lain.

Wanita itu kemudian menarik tangan pasangannya dan membawanya keluar daripada padang bola sambil disaksikan orang ramai yang berada di sana.

Meskipun penonton yang hadir bersorak dan condemn tindakan wanita itu, dia langsung tidak menghiraukan mereka dan tetap memaksa lelaki tersebut keluar.

Bukan itu sahaja, keadaan pasangan berkenaan juga dilihat tegang apabila lelaki terbabit berkali-kali melepaskan tangannya ketika dipegang wanita itu.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan situasi itu dan bersimpati dengan nasib lelaki tersebut kerana tidak dapat menghabiskan perlawanan.

Ada yang berpendapat mungkin ada urusan penting atau hal kecemasan membabitkan ahli keluarga sehingga wanita itu terpaksa berbuat sedemikian.

Sementara itu, segelintir netizen mengkritik wanita tersebut kerana tidak sabar untuk memanggil pasangannya pulang. Seorang netizen berkata,

Kot ye pun tunggu half time tak boleh ke?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...