Bukan Tipikal Kisah Dongeng Puteri Raja Tapi Gadis Versus Naga, Filem Damsel Raih Perhatian Ramai Penonton

Hiburan

Bukan Tipikal Kisah Dongeng Puteri Raja Tapi Gadis Versus Naga, Filem Damsel Raih Perhatian Ramai Penonton

Siapa sangka kisah dongeng yang menceritakan tentang seorang puteri dapat berkahwin dengan seorang putera akhirnya harus bertarung demi menyelamatkan diri daripada sesuatu yang jahat dan mengancam. Ini lah filem Damsel arahan Juan Carlos Fresnadillo yang sempat trending nombor satu di Netflix sejak ditayangkan baru-baru ini.

Bukan tipikal cerita dongeng

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kerajaan yang dilanda kesusahan, kemiskinan dan kelaparan. Karakter utama yang dinamakan Elodie, dimainkan oleh Millie Bobby Brown ini merupakan puteri sulung kerajaan tersebut. Jadi satu hari, raja dan permaisuri kerajaan ini pun terima berita baik apabila anak gadisnya itu dapat lamaran kahwin dari kerajaan seberang. Pada masa tu, diaorang semua berharap lamaran ini akan merubah nasib mereka.

Advertisement

Pada awalnya, filem ini seperti filem-filem dongeng klasik yang kita selalu tengok. Ada istana mewah, kaya raya dan rakyat yang makmur. Pengakhiran ceritanya mesti happy ending. Tapi semua rupanya indah dari khabar. Setelah Elodie ini bernikah dengan putera tersebut, mereka ini kena menjalani sebuah ritual yang rupanya menjadikan Elodie ni sebagai korban.

damsel

Berubah menjadi filem survival

Di pertengahan filem ni, mula lah pengembaraan yang sebenar. Lepas dicampak ke dalam sebuah gua, Elodie kena cari jalan untuk hidup dan keluar dari gua tersebut tanpa sebarang makanan, senjata atau alat lain yang boleh bantu. Walaupun karakter utama ni seorang puteri, tapi hati dia cekal dan tak cepat putus asa.

Sepanjang babak survival ini, boleh dikatakan tiada momen yang tenang. Semuanya akan buat penonton rasa berdebar dan nak tahu apa yang jadi lepas tu. Ditambah pula bila dalam gua tu sebenarnya ada naga! Semakin menarik filem ini sebab adanya naga versus manusia.

damsel

Bukan itu saja, apa yang menarik dalam cerita ini adalah elemen-elemen fantasi yang ada dalam gua tu. Contohnya ada glowing worms, tasik dan kristal. Butiran-butiran fantasi ni lah yang sedikit sebanyak menambah kriteria menarik dalam filem ini sekaligus beri gambaran tentang dunia fantasi tu.

Kekurangan plot di akhir

Tak dinafikan awal dan pertengahan filem ini strong dan ada ciri-ciri untuk jadi filem yang lima bintang. Tapi sayangnya, menjelang akhir cerita dia agak membosankan dan plot dia sedikit mengecewakan. Bila Elodie ni dah berjaya bersemuka dengan naga tu untuk berlawan, scene perlawanan itu terasa sekejap dan tak cukup impak.

Begitu juga dengan ending kisah Damsel ni. Mungkin sesetengah akan gembira dengan pengakhirannya sebab ada unsur revenge dan akhirnya Elodie dan naga ni bekerjasama balas dendam pada karakter yang jahat. Namun, tak cukup capai harapan penonton yang mahukan jalan cerita yang berlainan dan tak terlalu cliche. Mungkin, ending dia boleh disamakan dengan akhir filem horror Ready Or Not yang hampir sama akhir cerita dia.

damsel

damsel

Apa-apa pun, filem ini tetap menarik dan patut ditonton orang ramai terutamanya bagi mereka yang sukakan filem fantasi yang ada unsur survival dan women power. Walaupun tak dapat perfect ten tapi tetap menarik untuk ditonton. Tak pelik lah kalau filem ni trending nombor satu di Netflix Malaysia!

bahalol
2 months ago

Kisah Anak Autisme 'Survive' Hidup Tanpa Ibu Bapa, 'Bahalol' Arahan Que Haidar Dipuji Satu Naskah 'Dahsyat'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Netflix

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...