Sudah diketahui ramai, kehebatan Ayda Jebat menjadi pelakon memang tidak dapat dinafikan, malah drama yang dibintangi olehnya juga sering kali mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat serta kaki drama melayu.
Sedia maklum, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir, pelakon jelita terbabit pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon lelaki, Redza Rosli.
Jadi, pihak Melodi telah menemubualnya untuk bertanyakan soal dia akan terima atau tidak tawaran lakonan jika digandingkan bersama bekas kekasih, Ayda bertegas menolaknya.
Menurut Ayda, dirinya bukan mahu bersikap tidak profesional tetapi lebih kepada menjaga hati suami serta keluarga mertua.
Dalam pada itu, dia serta Nabil juga sudah berbincang antara satu sama lain untuk mengambil tindakan sedemikian dan lupakan kisah lama mereka.
Jelas Ayda lagi, dia tidak mahu gosip tidak diingini timbul dan lebih baik untuk mereka menjalani kehidupan masing-masing seperti sedia kala.
Sekadar info, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla.