“Sedih Pun Nak Rakam!” – ‘Up’ Video Menangis Rindu Anak, Ayda Jebat & Nabil Mahir Dilabel ‘Over’

Hiburan

“Sedih Pun Nak Rakam!” – ‘Up’ Video Menangis Rindu Anak, Ayda Jebat & Nabil Mahir Dilabel ‘Over’

Melalui platform Instagram selebriti Ayda Jebat baru-baru ini, terdapat satu video yang dimuat naik olehnya telah meraih perhatian para peminat.

Melalui video yang dimuat naik tersebut, kelihatan Ayda serta suaminya, Nabil Mahir tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa meninggalkan puterinya, Ana Nayla buat sementara waktu atas sebab bekerja.

Advertisement

Difahamkan, Ayda dan Nabil kini berada di Taiwan atas kerana mempunyai penggambaran di negara sana selama dua minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Susulan memuat naik video sedang menangis kerana rindu anak perempuannya, rata-rata netizen turut sebak dan memahami perasan pasangan selebriti itu apabila terpaksa meninggalkan anak atas urusan kerja.

Biarpun ramai yang meminta pasangan itu untuk kuat, ada juga sesetengah netizen yang merasakan mereka keterlaluan dan seandainya benar-benar merindui anak, tidak perlu untuk menunjuk diri sedang menangis dalam media sosial.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Malah, ada juga berkata hal yang dilakukan oleh pasangan terbabit dalam video itu sekadar lakonan semata-mata demi menunjuk kepada peminat.

Namun begitu, ada juga merasakan barangkali mereka sebegitu kerana Ana merupakan anak pertama Ayda serta Nabil dan tidak pernah berpisah dalam jangka masa yang lama sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ayda Jebat Nabil Mahir
2 years ago

Enggan Jumpa Rakan Dan Keluarga Sendiri, Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Mohon Maaf Jika Keterlaluan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...