Ada sesetengah netizen mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan suara Edry KRU untuk menyanyikan single terbarunya, Abang Nak Tegur. Walaubagaimanapun, Aliff menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan ia adalah suara sebenar beliau tanpa auto tune.
Lagu ini menggunakan 100 peratus suara saya. Buka suara mesin, bukan juga suara Edry. Saya banyak kali berlatih sebelum memulakan rakaman. Edry banyak membimbing dalam membentuk vokal saya.
Saya sedar suara saya tidak sedap, tetapi Edry banyak membantu. Saya masih ingat lagi di sesi latihan sebelum rakaman, satu rangkap lagu saya nyanyikan sebanyak 30 kali untuk membiasakan vokal saya.
Terdahulu, lagu Abang Nak Tegur mendapat dislike yang banyak di YouTube kerana rata-rata pendengar tidak suka dengan suara Nur Sajat yang dianggap sebagai perosak lagu tersebut. Namun, kini ia mendapat sambutan yang agak baik selepas isteri Aliff, Datin Seri Nurshahida pula bersetuju untuk berduet dengan suaminya dalam versi kedua.