Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lagu Duet Aliff Syukri Banyak “Dislike” , Netizen Salahkan Nur Sajat

Tentu semua tahu minggu lepas, Datuk Seri Aliff Syukri melancarkan duetnya bersama Nur Sajat menerusi lagu Abang Nak Tegur.  Video lirik lagu nyanyian mereka  di YouTube mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Baru-baru ini, Aliff ada meluahkan rasa pelik dan kecewa mengapa jumlah “dislike” lebih banyak berbanding jumlah “like”.  Ketika artikel ini ditulis, lebih 70,000 penonton menekan butang “dislike” dan hanya 9,000 penonton sahaja yang menyukai video berkenaan.

Menerusi ruangan komen di Instagram Aliff, rata-rata netizen berpendapat  Nur Sajat adalah punca lagu tersebut tidak dapat menarik perhatian ramai.

Apa pula pendapat anda dengan lagu Abang Nak Tegur? Mungkin Aliff harus bersabar kerana bukan semua lagu boleh menjadi hits dan memikat hati pendengar dalam masa yang singkat lebih-lebih lagi Aliff dan Sajat bukanlah penyanyi profesional.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top