Bukan Sita Sebab Saya Lebih Daripada Mampu Untuk Beli Kereta Itu Secara Tunai – Aliff Syukri

Hiburan

Bukan Sita Sebab Saya Lebih Daripada Mampu Untuk Beli Kereta Itu Secara Tunai – Aliff Syukri

Semalam, viral dengan isu kereta Rolls Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri disita. Ramai yang terkejut sebenarnya kerana mengetahui beliau sebagai seorang yang berharta.

Advertisement

Menerusi portal Astro Awani, Aliff memberitahu beliau terkilan dengan perkataan sita yang digunakan oleh media tempatan yang menggambarkan beliau tiada berkemampuan. Menurut Aliff beliau lebih daripada mampu untuk membeli kereta mewah tersebut secara tunai.

Saya beli Rolls Royce itu secara tunai (cash), dan tiada hutang lagi. Saya lebih mampu untuk membelinya. Secara jujur, saya tidak tahu menahu mengenai kereta itu apatah lagi saya kini berada di luar negara.

Ditanya mengenai kenderaan tersebut yang menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak,  Aliff memberitahu beliau tidak mengetahui tentang perkara itu kerana menyerahkan segala urusan berkaitan kenderaan yang beliau miliki kepada pekerjanya. Pihak Aliff akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini menerusi media sosial Facebook berhubung isu berkenaan.

Sumber Berita  : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

25 Comments

  1. Alia

    January 2, 2018 at 10:54 am

    Kau ni berlagak tahap gaban……mcm sampah perangai….cukup laaa nk berlagak dgn kekayaan kau tu

  2. Anonymous

    January 2, 2018 at 10:46 am

    Dato dato kang ckp bodoh bebal ko marah…ko paham x apa maksud sita tu…apa kene mengena beli hutang/cash dgn sits sbb LKM

  3. anon

    January 2, 2018 at 10:22 am

    BILA SI KAYA BODOH BERBICARA
    NTAH APA2 LAH
    LAIN NYA HAL
    LAIN KO BAGI JAWAPAN
    DAH DAH LAH TU
    DAH 2018 PUN
    BAIK KO GI FOKUS BISNES KO TU SUDAH LAH
    TAK PAYAH NAK INTERPREM2

  4. Zioe

    January 2, 2018 at 10:14 am

    Dato sri….bahaya ni….takkan status harta sendiri pun xtau…baik dato sri cek blek semua status harta dato sri…ish..ish

  5. tha

    January 2, 2018 at 10:10 am

    Dia x paham ke kete dia kene sita sebab LKM Sarawak . bukan sebab kereta tu hutang/ cash….kelakar betul la beliauuuuuuu…

    • Anonymous

      January 2, 2018 at 11:11 am

      Bodoh kan, nak buat cemana. Marketing je pandai, benda lain semua bengap.

Loading...