Kereta mewah Rolls Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri antara 20 kenderaan yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Patuh di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Kenderaan tersebut yang disewa warganegara Australia itu disita atas kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menerusi portal Harian Metro berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.
Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000. LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung.
Op Patuh yang diadakan bermula jam 8.30 malam turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

ikan
January 2, 2018 at 12:38 am
Baru nak siasat ye? Aku rs dah lama dah orang guna cara camni.
Anonymous
January 1, 2018 at 11:52 pm
pecat jer lah yg uruskan kete dato tuh… tak guna simpan staff yg dah buat aib
TK
January 1, 2018 at 8:36 pm
What happened? Aku tenguk kt TV ceritanya RR kena kurung hinggalah DAS bayar beza jumlah road tax ke apa mendanya yang patut dibayar. Aiyaa such an embarassing situation!! .
ohyeah..
January 1, 2018 at 7:59 pm
keta mahal roadtax mahal la…..kendekut tak bertempat lak.
uno
January 1, 2018 at 5:44 pm
ada dato laen ajr die nie… sblom nie die mrungut roadtax mhal, tpi kreta jrng naik… msthil xtau…