Bukan Setakat Ahli Parlimen, Khairy Jamaluddin Setuju Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan

Berita

Bukan Setakat Ahli Parlimen, Khairy Jamaluddin Setuju Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan

Bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melontarkan pendapat di mana dia bersetuju dengan pemansuhan pencen dalam kalangan ahli Parlimen.

Malah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ itu juga berkata bahawa pencen penjawat awam perlu dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.

Advertisement

Berikutan itu, dia mencadangkan bahawa pencen yang turut diterimanya itu ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.

Dia yang berkata demikian dalam sebuah podcast turut bersetuju jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan kembali.

Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam jemaah menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.

Pertama, kenalkan semula GST, kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ni, kerajaan kata nak buat walaupun kita tak tahu apa mekanismenya.

GST masih lagi tunggu dan lihat. Ketiga, adalah untuk hentikan pencen. Tapi ini untuk penjawat awam yang ada dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan.

Tetapi semua penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP.

Ujarnya lagi, pemansuhan pencen itu perlu segera dilaksanakan kerana ia semakin lama memberi kesan kepada tahap kewangan negara.

Kata Khairy, kerajaan perlu menanggung sehingga RM50 billion untuk tempoh masa 10 tahun akan datang jika pencen penjawat awam tidak dihapuskan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abang tiri
7 months ago

"Minta Padam Video, Dia Ada Sakit Mental" - Abang Tiri Hanya Perhati Adik Tiri Lemas Dalam Kolam, Jiran Minta Jangan Sebar Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...