Bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melontarkan pendapat di mana dia bersetuju dengan pemansuhan pencen dalam kalangan ahli Parlimen.
Malah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ itu juga berkata bahawa pencen penjawat awam perlu dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.
Berikutan itu, dia mencadangkan bahawa pencen yang turut diterimanya itu ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.
Menurut Khairy, beliau sedia sekiranya pencen beliau ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.#AWANInews #AWANI745 https://t.co/wbz0S4pnGU
— Astro AWANI (@501Awani) September 26, 2023
Dia yang berkata demikian dalam sebuah podcast turut bersetuju jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan kembali.
Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam jemaah menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.
Pertama, kenalkan semula GST, kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ni, kerajaan kata nak buat walaupun kita tak tahu apa mekanismenya.
GST masih lagi tunggu dan lihat. Ketiga, adalah untuk hentikan pencen. Tapi ini untuk penjawat awam yang ada dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan.
Tetapi semua penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP.
Ujarnya lagi, pemansuhan pencen itu perlu segera dilaksanakan kerana ia semakin lama memberi kesan kepada tahap kewangan negara.
Kata Khairy, kerajaan perlu menanggung sehingga RM50 billion untuk tempoh masa 10 tahun akan datang jika pencen penjawat awam tidak dihapuskan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.