Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir meluahkan rasa teruja apabila lagu ciptaannya, X Missing You diadaptasi dalam versi Mandarin nyanyian artis terkenal China dan Hong Kong, G.E.M yang berjudul I’ll Be Missing You.
Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir berkata, dia tidak menyangka lagu yang dihasilkan bersama Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii tersebut diadaptasi dan dinyanyikan bintang antarabangsa.
Menurut Faizal, 43, sebagai seorang komposer dan penerbit sudah semestinya dia mahu pendengar menerima lagu dengan baik.
Tapi untuk dinyanyikan oleh penyanyi dari luar negara bukan sesuatu yang saya jangkakan.
Penyanyi lagu Aku Tanpa CintaMu itu menerima dengan baik dan teruja dengan tawaran ini dari mula ia dimaklumkan. Lebih-lebih lagi jika ia dapat membuka pintu dan ruang untuk pengkarya tempatan sepertinya berkongsi idea serta bekerjasama dengan artis luar.
Sekaligus secara tak langsung dapat menaikkan peluang komposer atau penerbit lain di Malaysia.
Lagu I’ll Be Missing You nyanyian G.E.M yang baharu saja dilancarkan sudah berada pada kedudukan ke-tiga lagu baharu di China, tersenarai dalam playlist Music 163 China yang mempunyai 2.4 billion strim dan berada di kedudukan #3 carta trending YouTube di Taiwan dan #18 di Hong Kong.
Baca: “Sudah Hujung-Hujung” – Neelofa Buat Persediaan Bersalin, Jalani Sesi Fisioterapi