Bukan Sebab Duit, Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Saman Terhadap Sebuah Hospital Swasta

Berita

Bukan Sebab Duit, Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Saman Terhadap Sebuah Hospital Swasta

Sekitar bulan Jun lalu, tular di media sosial mengenai insiden tertukar bayi di antara Siti Suriani dan Diana Hanani yang sekaligus menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Siti Sarah
3 years ago

"Ini Betul-Betul Jadi, Bukan Sinetron Indonesia.." Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Advertisement

Terbaru, kedua ibu tersebut dilaporkan akan terus mengambil tindakan perundangan terhadap sebuah hospital swasta berikutan tragedi itu.

Menafikan keputusan yang diambil mereka berdua hanyalah disebabkan oleh wang semata-mata, namun hanyalah untuk iktibar buat semua agar perkara sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

tertukar bayiSumber : Google  

Perkara tersebut turut dihebahkan Siti menerusi satu sidang media ‘Bayi Yang Tertukar’ yang disiarkan secara langsung di platform Facebook dan TikTok di mana dia turut mengambil kesempatan untuk menjawab panjang lebar mengenai insiden yang berlaku.

Kita nak jadikan ini satu mesej penting kepada masyarakat dan semua orang supaya lebih berhati-hati. Ini bukan sesuatu yang tak mungkin boleh terjadi. Saya percaya kes tertukar bayi bukan pertama kali berlaku, tapi belum lagi dibawa hingga ke mahkamah.

Siaran media itu turut dihadiri Diana Hanani dan suami serta peguam yang mewakili mereka iaitu Tetuan Marcus Tan & Co.

Jelas Siti, tindakan untuk meneruskan tindakan undang-undang itu juga turut dipengaruhi dengan cara pihak hospital berkenaan mengendalikan insiden berkenaan.

Ibu tertukar bayiSumber : mStar Online  

Dalam pada itu, dia dan Diana menafikan apa yang dilakukan pihak mereka bukanlah untuk tujuan ‘marketing’.

Bukan sebab duit, kita rasa sakit hati, anak tertukar tapi orang kata marketing. Terus terang, benda ini berlaku tanpa dirancang, tanpa sangkaan saya. Buat untuk marketing? Tidak. Saya pun tak pernah kenal dan tahu Puan Diana ini siapa tapi Allah dah takdirkan ini terjadi yang kita tak pernah sangka.

Peguam yang mewakili Siti dan Diana memaklumkan bahawa 10 November ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...