Pelakon sensasi, Lana Nodin memberitahu dirinya memang tidak dapat untuk meneruskan penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard kerana perlu pulang ke Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kerana vaksin atau tidak vaksin.
Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin ketika dihubungi oleh pihak Kosmo Online berkata telah berlakunya salah faham yang akhirnya mengelirukan netizen.
Awal-awal lagi mereka sudah tanya dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu, tetapi saya memang tak dapat nak sertai disebabkan akan balik ke negara suami hujung minggu ini. Bukan sebab saya belum vaksin.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon tersebut turut membalas persoalan orang ramai yang mendakwa dirinya merupakan golongan anti-vaksin dan menegaskan bahawa dia bukannya seperti itu serta akan mengambil vaksin tidak lama lagi.
Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni.
Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia tetap akan mengambil vaksin namun bukan di Malaysia dan bukannya dalam masa terdekat ini.
Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.