“Bukan Saya ‘Upload’!” – Video Anak Mengamuk Tular Tapi Zarina Zainuddin Pula Dikecam

Hiburan

“Bukan Saya ‘Upload’!” – Video Anak Mengamuk Tular Tapi Zarina Zainuddin Pula Dikecam

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin terima pelbagai kecaman serta kritikan apabila tular video anak istimewanya mengamuk secara tiba-tiba semasa berada di dapur hingga tudung yang dipakai olehnya ketika siaran langsung.

Menyulitkan lagi keadaan yang sudah berlaku, ada individu yang merakam siaran langsung berkenaan tetapi yang menerima kecaman tersebut adalah pelakon itu kerana netizen beranggapan Zarina yang memuat naik insiden terbabit di platform media sosial.

Advertisement

Melihat di laman Instagram Zarina, beliau menjelaskan video yang tular membuatkan dirinya dikecam itu bukanlah perkongsiaan darinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Saya dah lama tak post video anak saya mengamuk, yang saya post anak saya tengah makan dan anak saya tengah dalam keadaan terkawal. Ingat saya ni takde otak ke.

Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit turut meluahkan bahawa dirinya tidak akan memaafkan pemfitnah, lagi-lagi yang melibatkan diri serta anak istimewanya.

Tambahannya lagi, dia sendiri tahu apa yang patut di muat naik di media sosial dan apa yang tidak patut, apatah lagi ingin dipertontonkan kepada umum.

Entri yang dimuat naik telah meraih perhatian daripada rakan selebriti serta netizen dan mereka semua menitipkan kata-kata semangat buat Zarina di ruangan komen hantaran tersebut.

komen ig

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

azil zarina zainuddin diserang
2 years ago

(VIDEO)"Semoga Terus Kuat" - Azil Mengamuk Di Dapur, Zarina Zainuddin Kongsi Saat Cemas Diserang Anak Autisme

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...