Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang berkongsi kisah majikannya memberikan limau bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut mendedahkan majikannya memperuntukkan setiap satu kotak limau untuk dikongsikan bertiga.
Disebabkan itu, lelaki tersebut berasa marah dan terang-terangan berkata dia mendoakan agar syarikat berkenaan bakal lingkup.
Ramai netizen kritik, label tamak
Video tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet yang mengkritiknya tidak bersyukur dan melabelnya sebagai seorang yang tamak.
Pasal limau pun nak macam ni. Benda murah je, kalau nak lagi beli jela sendiri.
Dalam pada itu, ramai turut berpendapat lelaki tersebut beria-ia sedangkan ia hanyalah tentang buah limau dan tertanya jika majikannya nampak video terbabit.
Bukan tak bersyukur tapi ada point lain nak disampaikan
Selepas video tersebut tular, lelaki itu tampil memberi penjelasan menerusi satu hantaran di TikTok dan menafikan bahawa dia tidak bersyukur seperti dikatakan oleh orang ramai.
Bermula dengan membuat permohonan maaf, lelaki tersebut kemudian menerangkan point sebenar yang ingin disampaikannya menerusi video terdahulu.
Bukan tak bersyukur, bersyukur. Yang saya nak sampaikan dalam video tu ialah tokey tu kedekut.
Dia turut akui tidak kisah jika bonus tidak diberikan tetapi apa yang lebih penting adalah sebagai pekerja, dia minta dihargai selepas sudah melakukan yang terbaik dalam pekerjaannya.
@abgbekeng Replying to @Farouqzulkifli terima kasih netizen👍🏽😂 #abgcangkulcarimakan ♬ original sound – Farouqzulkifli