“Majikan Dari Neraka, Nak Cover RM96K Lagi..” – Bos Larikan Diri, Pekerja Kerah Diri Kekal Berniaga Demi Gaji

Kehidupan

“Majikan Dari Neraka, Nak Cover RM96K Lagi..” – Bos Larikan Diri, Pekerja Kerah Diri Kekal Berniaga Demi Gaji

Baru-baru ini, tular di platform TikTok memaparkan satu video luahan hati pekerja di sebuah premis makanan Thai di MyTown selepas majikannya didakwa melarikan diri dan meninggalkan pekerja-pekerja lain.

Kata individu tersebut, disebabkan majikan sudah melarikan diri, pekerja di sana terpaksa menurunkan harga makanan di restoran terbabit.

Advertisement

Dia turut berkata, video yang dimuat naik di TikTok itu merupakan inisiatif terakhir mereka untuk mendapatkan gaji yang masih tertunggak dan dilihat dalam video berkenaan ada lagi beberapa pekerja yang ‘setia’ hingga ke saat.

Dalam pada itu, mereka juga berasa risau sama ada mampu atau tidak untuk mendapatkan hasil sebanyak RM96,000 dalam masa singkat dan setiap hasil jualan akan digunakan untuk membayar semua gaji pekerja yang tertunggak.

Meninjau di ruangan komen, ada sesetengah netizen meluahkan rasa was-was mengenai video itu dan merasakan ia sekadar ‘marketing’, namun dakwaan terbabit disangkal oleh pengurus restoran itu.

Tetapi ramai juga netizen yang mahu membantu restoran itu dan bakal makan di sana seandainya singgah ke MyTown.

Cik Pia Bosskay kejar mengejar
10 months ago

(VIDEO) "Kecut La Tu" - Netizen Terhibur Tengok Bosskay Kena 'Terjah' Dengan Cik Pia, Berkejaran Tahan Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...