Bukan Saya Lantik Azam Baki, Hanya Ikut Prosedur – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Berita

Bukan Saya Lantik Azam Baki, Hanya Ikut Prosedur – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah memilih Tan Sri Azam baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika di bawah pemerintahannya, sebelum ini.

Suruhanjaya Sekuriti Azam Baki
3 years ago

Cetus Perdebatan Rakyat, Azam Baki Perlu Kemuka Bukti Dan Penjelasan - Suruhanjaya Sekuriti

Advertisement

Ujar Muhyiddin, Ketua Setiausaha Negara yang telah mencadangkan nama Azam dan perlantikan dibuat selepas ia diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, seperti dilaporkan Astro Awani.

Tambahnya lagi, perlantikan Azam itu telah melalui prosedur yang ditetapkan untuk mana-mana jawatan dalam kerajaan.

Ya, dia dilantik waktu saya menjadi PM, bila berlaku kekosongan bekas pesuruhjaya yang dahulu berhenti maka perlu ada pengganti.

Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, dan proses lantikan itu teratur mengikut peraturan.

Kata Muhyiddin, pelantikan itu diperakukan oleh sebuah jawatankuasa, Ketua Setiausaha Negara yang telah mencadangkan nama kerana merasakan Azam layak untuk memegang mandat jawatan tersebut.

Azam BakiSumber : Sinar Harian  

Kenyataan itu dikeluarkan Muhyiddin sebagai respon kepada kenyataan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempersoalkan  sama ada beliau ada memeriksa latar belakang Azam sebelum memberi nasihat (mengenai perlantikan Azam Baki) kepada Agong atau sebaliknya.

Azalina tampil menyatakan persoalan tersebut berikutan kontroversi yang melibatkan Azam berhubung pemilikan saham di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tampil menafikan dan mendakwa akaunnya telah digunakan oleh adik, Nasir Baki untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada tahun 2015 dan 2016.

Terdahulu, Azam telah dilantik mengetuai SPRM berkuatkuasa pada 9 Mac 2020 selepas jawatan itu dilepaskan oleh penyandangnya yang terdahulu, Latheefa Koya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...