Terdahulu, pelakon terkenal, Dato’ Haji Adi Putra telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya seolah-olah menyindir pihak penerbitan iaitu Studio Kembara yang sukar untuk dihubungi.
Malah, ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu, Adi meminta menghubungi pihak penerbitan. Lapor Harian Metro.
Tampil menjawab dakwaan pelakon utama filem Mat Kilau itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara iaitu Abdul Rahman Mt Dali berkata dia juga baru mengetahui tentang hantaran Adi itu selepas disampaikan rakannya pada pagi hari ini.
Bukan saya, saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.
Tunggu saya dapat respons staff dulu. Ada ke Adi Putra call tapi tak jawab. Pagi ni depa mungkin tidur lagi.
Menolak segala spekulasi yang berlaku, Abdul Rahman memaklumkan bahawa tidak ada sebarang isu yang dibangkitkan oleh pelakon itu sebelum ini mengenai bayaran dan pemberian bonus.
Info tambahan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di 200 pawagam seluruh Indonesia bermula 31 Ogos ini dan tayangan perdana filem itu akan dibuat di sana pada 26 Ogos ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.