Susah Untuk Dihubungi, Adi Putra ‘Bahasakan’ Pihak Studio, Berkeras Tak Mahu Hadir Tayangan Perdana

Hiburan

Susah Untuk Dihubungi, Adi Putra ‘Bahasakan’ Pihak Studio, Berkeras Tak Mahu Hadir Tayangan Perdana

Pelakon watak utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Dato’ Haji Adi Putra, berkeras tidak akan pergi ke tayangan gala di Jakarta, Indonesia.

Perkara itu berpunca dari pihak Studio Kembara Sdn. Bhd. yang didakwa susah untuk dihubungi.

Advertisement

Menerusi posting yang dibuat di Instagram oleh pelakon itu, dia seakan-akan kecewa dengan tindakan studio berkenaan dan menggunakan media sosial untuk menyampaikan pesanan tersebut.

Kepada Studio Kembara Sdn Bhd, andai tidak cukup Handphone kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.”

Sumber : Instagram 

Entri itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang berasa ingin tahu tentang perkara sebenar yang berlaku antara Dato’ Adi dan pihak studio.

Walau bagaimanapun, kemas kini itu mendapat perhatian dari pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio yang memberitahu akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak Studio Kembara sudah ambil maklum berkenaan mesej ini.”

Namun, sebab utama hantaran itu dibuat tidak diterangkan oleh Adi Putra dan posting itu akan kekal untuk sementara waktu dan mungkin akan dipadam.

4 bulan lalu

Netizen Persoal Pelajar Buta Dibawa Tonton Mat Kilau Di 'Cinema', Rupanya Ramai Tak Tahu Sebenarnya...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...