January 27th, 2016

Isu baju ala ayam belanda yang digayakan oleh Fara Fauzana pada malam AJL 30 antara topik yang agak viral diperkatakan beberapa hari lepas.

Ramai yang masih lagi mengkritik pereka fesyen Rizalman Ibrahim kerana menghasilkan busana yang agak kurang sesuai dengan Fafau sehingga ada yang menuduh beliau ingin menghina pengacara berkenaan.

Namun Rizalman menjelaskan Fafau terpaksa meminjam baju berkenaan daripada beliau pada saat akhir kerana busana yang sepatutnya digayakan oleh Fafau agak tidak kena dengan tema pada malam berkenaan.

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan, Fafau menerusi portal BH ONLINE berharap tiada lagi pihak yang menyalahkan Rizalman kerana mereka sudah cuba sehabis baik untuk mencantikkan lagi busana tersebut.

Pereka tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi mencantikkan saya. Bukan salah baju, tetapi salah badan saya yang ‘sado’. Jadi, kalau nak kutuk, biarlah saya yang dikutuk. Jangan kutuk pereka fesyen.

Bukan itu sahaja, gaya Fafau mengacara juga dikritik oleh sesetengah pihak. Buat Fafau beliau cukup berterima kasih atas teguran yang diberi kerana ia menunjukkan masih ramai yang prihatin.

Saya cukup seronok bekerja dengan AG. Dialah hero saya pada malam itu. Bab gagap dan tersilap itu memang (salah) saya. Gementar itu janganlah cakap kerana sudah bertahun saya tak mengacarakan AJL.

AG yang banyak ‘cover’ kesilapan saya. Apapun, saya sayang awak semua dan terima kasih kepada yang sudi memberi komen. Positif atau negatif komen kalian, saya tetap suka kerana itu tanda semua yang menonton dan memerhatikan saya sangat prihatin.

Tidak lah perlu lagi mengkritik busana Fafau serupa dengan ayam belanda, cuba anda berada di tempat beliau mesti anda pun tidak suka jika menjadi bahan lawak sebegitu kan? Lagipun Fafau cari baju pada saat akhir dan bukan senang kalau nak touch up bagi cantik sikit..

Sumber Berita: BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...