“Bukan Saja Baju Sama, Rambut Pun Sama. Okaylah, Ini BTS Melayu” – Awal Ashaari

Hiburan

“Bukan Saja Baju Sama, Rambut Pun Sama. Okaylah, Ini BTS Melayu” – Awal Ashaari

Pengacara popular, Awal Ashaari mencuri perhatian peminat kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, BTS pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Awal Ashaari
4 bulan lalu

"Ralat, Namun Tak Ambil Hati.." Awal Ashaari Tidak Lagi Mengacara Melodi, Diberi Notis 2 Minggu

Advertisement

Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari menggayakan persalinan sut Louis Vuitton Fall/Winter 2021 yang pernah digayakan anggota kumpulan itu, J-Hope.

Awal, 40, berkata baju itu diterbangkan khas dari Paris, Perancis daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 untuk digayakan pada ABPBH 34.

Advertisement

Saya pun tidak tahu yang baju ini dipakai oleh seorang anggota BTS, cuma saya dapat tahu apabila ada orang forward di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan saja baju sama, rambut pun sama juga. Sangat kebetulan.

Pelakon Syurga Cinta itu juga seronok kerana dapat bereksperimen dan terharu apabila peminat menghargai gaya itu.

Menerusi komen peminat di Twitter, kebanyakannya melahirkan rasa kagum dengan penampilan Awal pada malam itu.

“Senyap-senyap minat Jhope BTS ke tu” tulis seorang pengguna Twitter.

Difahamkan Awal turut menggayakan baju yang pernah dipakai seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook sewaktu mengacarakan sebuah program.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...