Sememangnya kecantikan seorang wanita terpulang kepada keunikkan seseorang itu sendiri, namun sejak masuk ke era yang sekarang ini, setiap negara mempunyai beauty standard yang tersendiri.
Beauty standard sememangnya dipengaruhi dari banyak perkara, misalnya dari segi trend terkini dan seandainya seseorang wanita itu dapat mencapai piawaian kecantikan tersebut maka dirinya cantik.
Seperti di Malaysia, beauty standard yang sering kali kita dengari adalah wanita itu perlu mempunyai kulit cerah, flawless serta badan yang langsing. Bagaimanapun, tahukah anda di negara luar, mereka mempunyai beauty standard tersendiri? Nak tahu, jom kita tengok sama-sama!
1. Perancis
Boleh dikatakan beauty standard di Perancis di tahap yang sederhana kerana wanita disana akan dianggap cantik seandainya memakai mekap yang tidak tebal dan membiarkan rambut dilepaskan begitu saja, seperti messy hair.
Wanita di sana akan memakai mekap senipis yang boleh kerana mereka beranggapan, semakin nipis mekap yang dipakai maka makin cantik dan seksi seseorang wanita itu.
2. Jerman
Sama seperti di Perancis, negara ini juga mementingkan elemen natural dan wanita di sana akan dianggap mencapai level beauty standard negara itu apabila mempunyai freckles ataupun bintik hitam di muka.
Berbeza dengan negara lain yang cuba untuk menutup segala bintikan yang ada di muka, bahkan ada yang sanggup membuat rawatan agar bintik hitam di muka hilang.
3. India
Di India, kebanyakkan wanita akan membiarkan rambut mereka terus menerus panjang kerana dianggap, semakin panjang dan hitam rambut seseorang wanita itu, maka dirinya akan jadi semakin cantik.
Bukan itu saja, wanita di India juga akan menghiaskan diri dan memakai banyak perhiasan seperti rantai, subang, gelang tangan ataupun kaki agar terlihat lebih menarik. Lebih unik, wanita disana akan terlihat lebih menarik jika dirinya pandai menari serta menyanyi dengan baik.
4. Korea Selatan
Korea Selatan merupakan salah satu negara yang mempengaruhi sedikit sebanyak beauty standard di Malaysia kerana penyebaran budaya seperti K-Pop dan K-Drama. Di sana, wanita akan dianggap cantik jika mempunyai hidup yang mancung tetapi kecil, kulit yang bersih serta tubuh badan tinggi dan mempunyai berat ideal.
Beauty standard ini dapat dilihat sendiri dari anggota kumpulan wanita K-Pop mereka yang selalu kelihatan cantik serta sempurna. Disebabkan itu trend untuk mencapai beauty standard itu berleluasa, hingga ada yang sanggup melakukan pembedahan plastik.
5. Brazil
Akhir sekali, wanita di Brazil lebih menyukai kulit tanned seperti warna kulit asli orang Indonesia. Berbeza dari negara Korea Selatan, wanita di negara ini lebih memilih untuk memiliki tubuh badan berisi.
Selain itu, jika negara lain lebih memilih untuk kelihatan natural, wanita di Brazil pula akan merias muka mereka dengan mekap bold serta tebal untuk kelihatan cantik.