Sebelum ini, viral di rata-rata media sosial memaparkan satu rakaman video babak dalam drama Bisik-Bisik Gelora yang menampilkan pelakon Redza Rosli terlantar dalam keadaan kritikal di hospital.
Menerusi video tersebut, dilihat pelakon itu telah dipasang tiub bantuan pernafasan namun cara penyambungannya dianggap pelik oleh penonton.
Malah, seorang doktor perubatan turut menegur tentang cara penyambungan tiub bantuan pernafasan itu tidak sama seperti amalan perubatan sebenar.
Tampil memberi penjelasan, Pengarah, Riza Baharudin berkata pihaknya telah pun mendapatkan rujukan daripada mereka yang arif tentang cara pemasangan tiub bantuan pernafasan (intubation tube) sebelum babak ‘kritikal’ itu dibuat.
Kalau boleh saya tak mahu kaitkan sesiapa. Tapi tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang oleh individu yang arif tentang perubatan dan bukannya pihak kru produksi.
Jelasnya, sewaktu babak itu dijalankan di sebuah hospital, dia turut berada di lokasi dan telah bertanyakan beberapa kali kepada pihak perubatan untuk mendapatkan kepastian.
Bila pihak perubatan sendiri yang pasang, saya tak boleh memandai-mandai kata salah. Jadi saya anggap saja cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu betul.
Bagaimanapun, Riza memohon maaf kepada pihak yang menganggap babak tersebut seolah-olah memperlekehkan institusi perubatan dan berterima kasih kepada penonton yang peka dengan ‘kesilapan’ yang berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.