Selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim menerima kecaman gara-gara memuat naik gurauan bersama isteri dikatakan memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban.
Di dalam video tersebut, Ryzal mendakwa kain yang dipakai seperti ‘kain buruk’ dan ‘alas meja’ sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
I find it’s so sensitive for a “Public Figure” to make a joke about Iban Traditional Costume. This isnt funny at all. Ngepan Iban = Alas Meja, Kain Buruk? Ryzal Ibrahim who do you think you are? pic.twitter.com/RrOtCsFqSQ
— Brolin G (@brolingolayous) May 26, 2021
Bukan sahaja mengundang kemarahan orang ramai, selebriti seperti Faye Kusyairi dan Bob Yusof turut mengecam tindakan sensitif pasangan popular Durian Kimchi tersebut.
Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menerusi perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf di atas ‘lawak bodoh’ tersebut. Ryzal menjelaskan dia hanya bergurau dan tiada niat mahu menghina mana-mana pihak.

Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.
Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban. Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua. Sekali lagi, saya minta maaf.
Tidak cukup dengan permohonan maaf secara bertulis, Ryzal turut memuat naik video menyatakan kekesalan. Dia mengakui kesilapan dan bertanggungjawab di atas tutur kata yang dikeluarkannya itu.
View this post on Instagram
Ms.Puyang Slat
May 27, 2021 at 12:45 pm
Saya Iban.Awak datang Kuching,Sarawak. Saya ajar awak adap budi bahasa macam mana nak hormat budaya org. Kita digelar HEAD HUNTER. Tapi kita tidak akan penggal kepala awak. Kata2 awak sangat menguris hati kami. Nak bergurau pasal budaya org awak salah pilih. Awa jentik 1 beribu akan bangun. Jangan dijolok sarang tabuan. Shame on you. Mulut longkang awak tu jaga sikit. JANGAN menyesal di kemudian hari.
Mat Aussie
May 27, 2021 at 12:15 pm
korg melayu lain yg agongkan dia sgt kenapa?
bodoh
Va
May 27, 2021 at 11:47 am
Berkali2 dah minta maaf bodoh tak hilang2 jugak
TAK HORMAT TU TAKDE ADAB
May 27, 2021 at 11:47 am
haluu brader,
u sudah berapa tahun hidup di Malaysia (yg berbilang kaum dan agama)???
tak hormat bukan saja melibatkan adab…tp juga akal yg percuma Tuhan kurniakan.
u bangga subscriber ramai sampaikan bebas bercakap menghina? sementara!
Ra
May 27, 2021 at 11:46 am
Makin mengada dia dengan bini Korea dia…
Feling2 selebriti terkenal..
Bini sama jakun….buat kontena nyah hapa2
Dua2 gila glamer