‘Bukan Niat Menghina’ – Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf Perlekeh Baju Tradisional Iban

Hiburan

‘Bukan Niat Menghina’ – Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf Perlekeh Baju Tradisional Iban

Selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim menerima kecaman gara-gara memuat naik gurauan bersama isteri dikatakan memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban.

faye, ryzal, sharnaaz
4 years ago

Perlekeh Pakaian Tradisional Iban, Sharnaaz Ahmad Dan Faye Kusairi 'Sound' Ryzal DurianKimchi

Advertisement

Di dalam video tersebut, Ryzal mendakwa kain yang dipakai seperti ‘kain buruk’ dan ‘alas meja’ sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Bukan sahaja mengundang kemarahan orang ramai, selebriti seperti Faye Kusyairi dan Bob Yusof turut mengecam tindakan sensitif pasangan popular Durian Kimchi tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menerusi perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf di atas ‘lawak bodoh’ tersebut. Ryzal menjelaskan dia hanya bergurau dan tiada niat mahu menghina mana-mana pihak.

Ryzal duriankimchi mohon maaf hina baju iban

Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban. Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua. Sekali lagi, saya minta maaf.

Tidak cukup dengan permohonan maaf secara bertulis, Ryzal turut memuat naik video menyatakan kekesalan. Dia mengakui kesilapan dan bertanggungjawab di atas tutur kata yang dikeluarkannya itu.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...