Pelakon kecil molek, Sweet Qismina mengakui dirinya ada menerima soalan daripada netizen mengenai panggilan nama ‘Sweet’ yang dianggap sebagai gedik dan mengada-ngada.
Ujar Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi,24, gelaran Sweet itu diberikan oleh ibunya dan bukan nama gedik seperti yang didakwa ramai.
View this post on Instagram
Dia walau bagaimanapun mengakui ada yang berasa janggal untuk memanggil namanya iaitu Sweet atau Qismina.
Pelakon drama Bidadari Salju itu kemudian tampil memperjelaskan susur galur nama Sweet itu menerusi sebuah untaian twit di laman Twitternya.
Masa saya masih dalam perut lagi Mama sudah panggil dengan nama tersebut iaitu ketika doktor memberitahu jantina bayi ialah perempuan. Panggilan Sweet bukan nama gedik!
Jelasnya lagi, dia sebelum ini pernah terasa hati apabila terdapat individu yang mempersoalkan tentang namanya iaitu Qismina.
Menurut teman wanita kepada pelakon Adam Lee ini, Qismina itu merupakan nama hasil cetusan idea bapanya sempena tanah Mina.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.