‘Rezeki Allah Bagi..’ – Pengikut IG Sweet Qismina Turun Mendadak Selepas Kongsi Isu Palestin

Hiburan

‘Rezeki Allah Bagi..’ – Pengikut IG Sweet Qismina Turun Mendadak Selepas Kongsi Isu Palestin

Pelakon Sweet Qismina memberitahu di Instagram Story baru-baru ini bahawa followers di akaun Instagram menurun secara mendadak apabila beliau berkongsi berita mengenai isu keganasan yang berlaku di Palestin sekarang ini.

Menurut pelakon tersebut, walaupun dia menyedari perkara tersebut namun ia tidak akan menghalang dirinya untuk terus berkongsi mengenai isu Palestin di akaun Instagramnya.

Advertisement
sweet qisminaSumber : Instagram Sweet Qismina  

Melalui penghantaran di Instagram Story Sweet Qismina, beliau berkata,

Data Instagram saya menunjukkan perubahan jumlah pengikut yang tidak lagi mengikuti sejak saya muat naik hantaran mengenai Palestin. Saya tahu perkara ini memberi impak buruk kepada kerjaya seni kerana ia amat penting untuk saya, tapi adakah itu akan membuatkan saya berhenti untuk memuat naik sebarang hantaran mengenai Palestin?

Jawapannya tidak. Rezeki Allah yang bagi dan saya sentiasa mempercayai AllahJawapannya tidak. Rezeki Allah yang bagi dan saya sentiasa mempercayai Allah.

Penghantaran terbaru yang Sweet Qismina telah berkongsi bersama pengikutnya ialah mengenai Israel sudah mula menyerang pengguna media sosial tempatan yang menyokong Palestin dan akan mengodam akaun individu terbabit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...