“Bukan Nak Mengeluh Atau Apa-Apa Tapi Cuma Nak Luahkan” – Zahirah Macwilson

Hiburan

“Bukan Nak Mengeluh Atau Apa-Apa Tapi Cuma Nak Luahkan” – Zahirah Macwilson

Pelakon jelita Zahirah MacWilson mengakui setelah bergelar isteri dan ibu, dia mempunyai pelbagai tanggungjawab yang harus digalas. Luahan perasaan tertekan kerana terlalu letih mengurus rumahtangga dan kerja itu dikongsikan Zahirah melalui InstaStory di Instagram miliknya.

Zahirah
3 years ago

Sentiasa Dalam Pandangan, Zahirah Macwilson Dipuji Tak Tinggal Anak Ketika Bekerja

Advertisement

Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson binti Zainol berkongsi dia telah menggalas beberapa tanggungjawab seorang diri tanpa suaminya, Aiman Hakim Ridza berikutan pelakon itu telah mula menjalani penggambaran di set.

Zahirah, 26, berkata dia perlu menjaga anakny Isaac, menjaga nenek, mengemas rumah, membersih, memasak, mengurus kerja sendiri. Belum lagi sebut pasal Isaac hilang selera makan sebab sakit gigi nak tumbuh.

Sejujurnya saya tak pernah rasa hilang tenaga macam ni. Ada sesiapa yang rasa penat hingga sampai satu masa mereka ingin breakdown atau menjerit?

Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu berkata tidak kira, ada seorang anak atau lima, tiada anak atau cuma melalui saat yang sukar dan saat yang menekan, dia faham dan rasai apa yang orang lain sedang hadapi.

Zahirah Macwilson

Pelakon Curi-Curi Cinta itu turut akui akibat terlalu sibuk dengan anak dan mengurus rumahtangga, dirinya juga kadang-kala tidak terurus dan terlupa untuk makan.

Harus luahkan sedikit sebab saya terlalu penat, lengan lenguh dukung anak 9kg setiap hari dan sampai lupa nak makan. Dah tak kisah dengan rupa saya sebab.. Keutamaan dah berbeza sekarang.

Menurut Zahirah, dia bukan ingin merungut atau berkeluh-kesah, namun apa yang dirasai perlu diluahkan terutama apabila melalui masa yang sukar dan tertekan.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...