“Bukan Nak Jahanamkan Industri” – Ryan Bakery Kini Menyanyi Pula, Sedia Kena Kecam Oleh Netizen

Hiburan

“Bukan Nak Jahanamkan Industri” – Ryan Bakery Kini Menyanyi Pula, Sedia Kena Kecam Oleh Netizen

Pensohor media sosial terkenal, Ryan Bakery memaklumkan bahawa dia kini sudah menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan berharap dapat diterima oleh orang ramai.

Kata Ryan, ada sesetengah pihak yang kurang senang dan mengkritiknya apabila dia mula menyanyi kini.

Advertisement

Namun begitu, TikTokers ini hanya berserah dan semangat untuk tampil dengan lagu baharu bagi mewarnai lagi industri hiburan tempatan, bukan sekadar melawak di media sosial semata-mata.

Apa salahnya untuk saya tunjukkan bakat? Bukannya saya jadi penyanyi untuk jahanamkan industri.

Sejak awal bergelar content creator lagi sudah banyak kecaman saya dapat. Kalau komen negatif saya tolak tepi, jika ada yang baik saya akan ambil untuk perbaiki diri.

Dia ditemui media ketika pelancaran lagu terbaharu berjudul Raya Last Minit, hasil kolaborasi bersama dengan penyanyi Andi Bernadee.

Menganggap segala kejayaan yang dikecapi kini bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapati, Ryan menyerahkan segalanya pada rezeki dan peluang yang diberi oleh orang ramai termasuklah peluang untuk terlibat dalam dunia lakonan.

Untuk saya sampai ke tahap seperti sekarang ini bukan mudah. Biarlah apa orang nak cakap apa sekalipun, yang penting saya kena cari duit nak beri makan keluarga.

Ryan dalam pada itu mengakui dirinya tidak mempunyai asas dalam dunia muzik namun dorongan daripada peminat serta keluarga membuatkan dia yakin untuk tampil dengan single terbaru, khas buat peminat di luar sana.

Khairul aming sambal nyet dr rafidah
1 year ago

"Kalau Tak Biasa Masak, Memang.." - Hanya Tunjuk 'Realiti' Cara Masak, Ini Respon Khairulaming

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...