Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bukan Nak Back Up..” – Janna Nick Minta Netizen Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Shuk

Beberapa hari ini, dunia hiburan tempatan sibuk memperkatakan mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Ianya bermula apabila wanita itu kembali mendedahkan kecurangan suaminya bersama Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan lelaki itu dahulu menerusi laman Instagram.

Advertisement

BACA: “Selama Ini Aku Diam Demi Jaga Aib Suami” – Isteri Dedah Shuk Sahar Curang Lagi?

Meskipun rata-rata rakan selebriti memilih untuk tidak memberikan komen mengenai hal tersebut namun netizen nyata tidak mampu memendam rasa marah dek perbuatan Shuk itu.

Pun begitu, Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya memilih untuk menitipkan nasihat kepada orang ramai yang banyak mencampuri urusan rumah tangga pelawak tersebut.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Pelakon itu memulakan kenyataannya itu dengan mengatakan bahawa dia bukanlah mahu memenangkan Shuk.

“Bukan nak back-up Shuk tapi kita tak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang biasa di luar sana yang ada skandal semua bezanya mereka bukan artis. Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.”

Jelas Janna lagi, kita sebagai orang luar pastinya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga mereka. Jadinya kita tidak tahu siapa yang salah ataupun yang betul.

“Nanti kena pada batang hidung sendiri, baru kita nak sedar. Jadi lebih baik, doakan yang baik baik. Kita asyik kutuk sana, kutuk sini pun tak guna. Silap-silap esok mereka suami isteri baik balik.”

Korang setuju tak dengan pendapat Janna?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    January 27, 2021 at 10:56 am

    kalau netizen tak sibuk, dia tak sedar diri… takdelah hotfm nak gantung tugas.. takdelah org repot pasal perempuan penyondol tu. takdelah dia tau langit tu tinggi rendah! kau nk bising org biasa ramai yg curang? tapi bila org biasa kawin, anak dpt straight A, dapat baby baru, putus tunang ke dsb ada ke media nak up? takde kan? artis, selipar hilang pun media nak cover… so, bila kes curang tak boleh bising pulak ye?! buduh! kecik2 suruh belajar malas, dah besar nk senang jadilah artis w/pun bakat x seberapa! kesian dkt artis2 talented lain! boooo!

  2. MsWhatever

    January 26, 2021 at 1:06 pm

    Janna dok back up sesgt sbb diri sendiri byk no kontroversi create sendiri.. bila netizen tegur mula melenting maki hamun mcm mak bapak x ajar adab sopan. Dah tau jgn la up benda2 gitu, ko bukan omputih! Harap nama je nick kekonon. Tu sbb kemain cover si shuk haram ni, sama sekapal.

  3. cik mawar

    January 26, 2021 at 12:14 pm

    last2 bini dia terima gak balik kan? so motif nk mintak sokongan? g jela pej agama..sana tempat paling sesuai nk selesaikan masaalah..bukan media sosial..skrg ni x ke memalukan diri sendiri? dah ludah jilat balik! hurmmm

  4. tecit

    January 26, 2021 at 12:06 pm

    tak setuju! bini die up sebab dah xlarat nak tanggung sendiri. nak dptkan sokongan org ramai.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama